Ramlee Awang Murshid ..

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan anda, saya suka membaca novel..  Novel dapat melarikan saya drpd dunia yg penuh dengan

penindasan, cabaran, ketakutan dan segalanya yang terjadi pada dunia kita kini.. HUH!! letih, penat, takut, ngeri, seram.. itulah antara perkataan yang dapat saya gambarkan..

okay.. okay, cakap pasal dunia skang memang takkan habis.. Berbalik pada tajuk kita tadi, novels .. Now, I want to introduce to you Ramlee AWANG Murshid author Triller number 1 in MALAYSIA ..

 

Senarai Novel Ramlee Awang Murshid 

  1. Igauan Maut – 1995, DBP
  2. Tombiruo – 1998, Alaf21
  3. Ranggau – 1999, Alaf21
  4. Anugerah Pertama – 2000, CESB
  5. Mandatori – 2000, Alaf21
  6. Semangat Hutan – 2001, Alaf21
  7. Pei Pan – 2002, UPDSB
  8. ADAM – 2002, Alaf21
  9. Satu Janji – 2003, Alaf21
  10. Tombiruo Terakhir – 2004, Alaf21
  11. Rahsia Perindu – 2005, Alaf21
  12. Bagaikan Puteri – 2005, Alaf21
  13. Hatiku Diharajuku – 2006, Alaf21
  14. Cinta Sang Ratu – 2007, Alaf21
  15. Ungu Karmila – 2008, Alaf21 (dipasaran Dis 07)
  16. Hijab Sang Pencinta – 2008, Alaf21 (dipasaran Okt 08)
  17. Personal Justice (ADAM versi English) – 2008, Alaf21
  18. Mikhail – 2009, Alaf21
  19. 9 Nyawa – 2010, Alaf21 (dipasaran Nov 09)
  20. Cinta Sufi – 2010, Alaf21 (dipasaran Mac 10)
  21. Rayyan Fantasi – 2011, Alaf21 (dipasaran Dis 10)
  22. Sutera Bidadari – 2011, Grup Buku Karangkraf
  23. Fiksyen 302 – 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11)

p/s: Yup, citer dia seram.. tapi bolehlah… >_<

Advertisements

Cara-cara untuk membuat barcode anda sendiri..

Cara membuat barcode sendiri ternyata sangat2lah mudah, setelah mencuba saya telah berhasil membuatnya.. Pada kesempatan kali ini saya nak sharelah pengetahuan saya dalam membuat barcode.. Barcode dapat dibuat dari computer, handphone(android), ataupun secara online..
Cara membuat barcode secara online: 
– Pertama masuk ke link berikut ini: http://www.barcode-generator.org/
– Kemudian pilih tipe barcode yang diinginkan, misalnya QR Code
 
 – Kemudian anda masukkan perkataan.. apa2 je yg korang suka.. mcm nama ke..
 
– Kemudian pilih ukuran barcode, misalnya: small
– Kemudian klik Create BarCode, maka akan muncul gambar seperti berikut:
 
– Cara menyimpan gambarnya dengan klik kanan kemudian pilih save..
Cara membuat barcode dari Computer
– Pertama kita harus download aplikasinya terlebih dahulu. Boleh download di:
– Kemudian install dan jalankan..
 
 – Pilih type barcode yang diinginkan.. Perlu diketahui, tidak semua type dapat dimasukkan perkataan atau angka.. Ada yang khusus angka ada yang khusus perkataan, dan ada yang campur antara angka dan perkataan..
– Kemudian masukkan kata yang anda mahu di bhg ini.. (maaf gmbr tiada >_<)
 
– Kemudian klik Generate. Untuk menyimpannya, klik Save barcode.
– Kemudian klik Save single barcode dan pilih korang nak simpan kat mana barcode tu..
 
Hasil yang korang akan dapat:
Contohnya:

– Tipe barcode yang saya gunakan: Code 128

 
– Type yang kedua: QR Code
 
p/s: Memang tak sangkalah sesenang ini nak buat barcode.. 🙂
Gallery

Novelku ….!

This gallery contains 24 photos.

p/s: Bg yg mengenali sy, pasti tau kan business yg sy sdg lakukan??… Jadi, setakat ni, ini je yg ada.. Insyaallah akn bertambah dari masa ke masa.. Moga anda tidak pernah boring dgn sy..

Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT

Assalamualaikum.. Kali ini sy nk share skit ngan korang semua tentang satu kisah benar ni.. Sy bukanlah pengemar kisah2 benar dan nyata ni coz seram skit…. tp, ianya bgs utk buat pengajaran pd kita semua 🙂 ….

Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Nya.. sy mahu berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaan jenazah tersebut..

Kisah Benar Bermula

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah… Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan..

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin.. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya.. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah).. Antaranya dahi berpeluh.. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab.. Darah juga masih mengalir segar.. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru.. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup..

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya.. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati..

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islam secara bersungguh-sungguh.. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t…

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama.. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggalkan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam.. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula.. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai..

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat?? sama-sama kita renungkan…

Maha benarlah firman Allah,

Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah [Ali –Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,

Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

 

p/s: Marilah sama2 kita renung dan fikirkan tentang diri dan keluarga kita…