Bapaku, Pemusnah hidupku..

Dia didera oleh bapa tirinya sendiri.. Bapa, sepatutnya menjadi tempat dia tumpang berlindund dari segala bahaya, kesedihan dan kesengsaraan.. tapi, bapa tirinya ini seakan-akan telah menghantar dia ke NERAKA di dunia! Sedih Dan amat Kejam … Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan.. Itu kesengsaraan yg dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Image

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang.

Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

Image

Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.

p/s: kepada para bapa kat luar sana, jagalah anak anda.. mereka tanggungjawab anda… nak dapat anak bukan main susah, bila dapat xkan anda nak musnahkan masa depan dia?? 

*Renung-renungkanlah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s