Chua Boon Huat pemain hoki kebangsaan maut Kemalangan

Takziah

Chua Boon Huat.. Hero negara

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan awal pagi tadi selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya, kira-kira jam 3 pagi tadi…

Kehilangan mendiang pastinya amat dirasai skuad hoki negara selepas kembalinya beliau dalam skuad kendalian Paul Revington selepas beberapa tahun. Beliau merupakan pemain yang digeruni oleh semua pihak lawannya dan antara pemain yang paling berpengalaman dalam skuad kebangsaan.

Kehilangan mendiang pastinya akan dirasai oleh rakan seperjuangan dan seluruh rakyat Malaysia terutama menjelang Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 yang bakal bermula pada 24 Ogos ini di Ipoh.

p/s: Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang Chua Boon Huat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s