Bilakah Tarikh PMR 2012 diumumkan?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua..

PMR

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali dengan PMR yang berlangsung pada 9 Oktober sehingga 16 Oktober yang lalu.. Berlalunya PMR bermakna tempoh penantian sehingga pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah suatu tempoh yang boleh jadi mendebarkan, sangat-sangat mendebarkan buat mereka. Mungkin ada yang tidak berapa kisah juga dengan keputusan masing-masing. Cukup sekadar lulus barangkali? Ade ke??  Walauapapun, saya pasti setiap calon di luar sana menginginkan keputusan PMR 2012 yang cemerlang bagi dihadiahkan kepada kedua ibu bapa mereka yang bersusah payah mencari rezeki…

Statstik calon PMR 2012

  • Seramai 481,424 calon yang menduduki PMR 2012
  • Sebanyak 3,560 pusat peperiksaan yang dibuka untuk PMR 2012
  • Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 448,436 calon
  • Calon sekolah bawah agensi kerajaan (seperti MRSM) adalah seramai 5,846 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Negeri adalah seramai 10,051 calon
  • Calon sekolah swasta adalah seramai 13,728 calon
  • Calon persendirian adalah seramai 1,151 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat adalah seramai 2,212 calon

Nampaknya, agak sukar untuk mengagak bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2012. Melihat kepada tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 dan 2011, kedua-duanya adalah pada hari Khamis. Adakah tahun ini juga pada hari Khamis? Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010, manakala keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 Disember 2011.

Berdasarkan kepada tarikh untuk dua tahun kebelakangan, dijangkakan keputusan PMR 2012 akan turut diumumkan pada hari Khamis yang jatuh sebelum perayaan Krismas berlansung. Kebiasaannya, cuti panjang akan diambil bermula Krismas iaitu 25 Disember sehingga ke Tahun Baru. Berdasarkan takwim persekolahan 2013, sesi persekolahan akan bermula pada 1/2  Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

So, tarikh yang paling diyakini akan menjadi pilihan sebagai tarikh pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah pada 19 Disember 2012 (kerana 20 Disember adalah Hari Hol Almarhum Sultan Johor).

Jadi, apa kata anda semua??

Advertisements

One comment on “Bilakah Tarikh PMR 2012 diumumkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s