H@pPy nEw Y3aR 2013!!!

Tanpa kita sedari…. Rupa-rupanya 2012 sudah hampir meninggalkan kita… Sayu juga rasa hati ni.. Tahun 2012 ni byk kenangan pahit, manis yang tidak mungkin akan dilupakan selama-lamanya….

Ni antara the best quotes yang saya dapat & saya rasa nak share kat semua….

* Yang pertama

l”’l_l”’l***
l aaaaayyy
l_l””l_l***

>_< >_<

New Year 2013

Have a wonderful year!!!

*Yang kedua

________ You’ve
!’-.____.-‘! got a
. . CARD!!
1_______1

=============
HAPPY NEW YEAR
———2013——
=============

*Yang ketiga

God arranged for you,

52 Weeks Non Stop Fun,

12 Months of Love,

and 365 days of Happiness

When you Mixed them all… You will find

,;*”*;,*”*;, * ;,* *;,;* ,;*”*;,

.A Very Happy New Year

.*._.*._.*._.*._.*._.*._.*._.*

*seterusnya

Oh my Dear, Forget ur Fear,
Let all ur Dreams be Clear,
Never put Tear, Please Hear,
I want to tell one thing in ur Ear
Wishing u a very “Happy NEW YEAR“!!

*selanjutnya

12 Months happiness, 52 weeks fun,
365 Days laughter, 8760 hrs good luck,
525600 Minutes joy, 31536000 seconds success,
So wishing u a (*)Happy New Year(*)

*Selain itu

12 Months happiness, 52 weeks fun,
365 Days laughter, 8760 hrs good luck,
525600 Minutes joy, 31536000 seconds success,
So wishing u a (*)Happy New Year(*)

*selepas itu & maybe yg terakhir

Wishing you a fabulous 2013
with full of great achievements and experiences.
A meaningful chapter waiting
to be written HAPPY NEW YEAR!!

 

p/s: Tu je yg sy boleh tulis… Letihlah nak taip byk2…

19/12/2012 (Result PMR)

Pasti semua calon PMR 2012 dah dapat resultkan?? Result yang dinanti-nantikan selama lebih kurang 2 bulan.. Sedih, sedih sangat-sangat apabila result yang kita dapat tu  tidak seperti yang diharapkan..

Pagi ni saya pergi ke sekolah dengan harapan yang menggunung apatah lagi selepas saya dapat tahu adik saya boleh tawaran ke SM Sains Jeli.. Ayah saya boleh plak buat lawak sehari sebelum tarikh ambik result ni..

Jadi, pagi tu sebelum saya dalam kul 10 mandi saya ada sent untuk check result dengan cara [tulis: PMR I/C no. Angka giliran hantar pada 15888]… siap mandi, pakai baju apa semua.. habis doa saya baca before melangkah kluar, tiba-tiba telefon saya berbunyi menandakan ada masej baru masuk.. 15888 nombor yang tertera kat skrin… dengan hati yang berdebar2 bagai nak luruh saya tekan butang ‘open’… PUP!!! Bagai satu penampar yang saya rasakan apabila di skrin tu tertulis 7A 1B.. Ya Allah!! kuatkanlah semangatku.. Abah saya ke Kota Bharu atas urusan kerja, Mama saya dah keluar lepas subuh lagi coz dia ada mesyuarat & adik-adik saya semuanya ada kelas dalam cuti… Jadi saya tiada tempat untuk meluahkan rasa kekecewaan.. Apa-apa pun yang berlaku saya harus gak ke sekolah.. saya harus tempuhinya dengan reda.. Dengan cuaca yang tidak berapa baik yang seakan-akan menangisi nasib saya sekarang, saya pergi juga ke sekolah dengan Ferarri (basikal kesayangan) biar pun basah tetap akan ku redah..

Dipendekkan cerita, lepas ambik result, alhamdullilah saya dah boleh trima.. Saya B subjek Inggeris.. Kecewalah juga.. Kawan baik saya (Iryani Nadia) dia pun boleh sama ngan saya cuma dia tambah Bahasa Arab..

3 orang memperoleh 8A, 5 orang untuk 7A untuk menduduki tempat ke8 seluruh Tanah Merah…

Image

Saya mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan sebaya saya yang memperoleh result yang di ingini.. Yang tidak jangan kecewa.. kita sasarkan Straight A’s+ untuk SPM plak.. Go!! Go!!

Bilakah Tarikh PMR 2012 diumumkan?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua..

PMR

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali dengan PMR yang berlangsung pada 9 Oktober sehingga 16 Oktober yang lalu.. Berlalunya PMR bermakna tempoh penantian sehingga pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah suatu tempoh yang boleh jadi mendebarkan, sangat-sangat mendebarkan buat mereka. Mungkin ada yang tidak berapa kisah juga dengan keputusan masing-masing. Cukup sekadar lulus barangkali? Ade ke??  Walauapapun, saya pasti setiap calon di luar sana menginginkan keputusan PMR 2012 yang cemerlang bagi dihadiahkan kepada kedua ibu bapa mereka yang bersusah payah mencari rezeki…

Statstik calon PMR 2012

  • Seramai 481,424 calon yang menduduki PMR 2012
  • Sebanyak 3,560 pusat peperiksaan yang dibuka untuk PMR 2012
  • Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 448,436 calon
  • Calon sekolah bawah agensi kerajaan (seperti MRSM) adalah seramai 5,846 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Negeri adalah seramai 10,051 calon
  • Calon sekolah swasta adalah seramai 13,728 calon
  • Calon persendirian adalah seramai 1,151 calon
  • Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat adalah seramai 2,212 calon

Nampaknya, agak sukar untuk mengagak bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2012. Melihat kepada tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 dan 2011, kedua-duanya adalah pada hari Khamis. Adakah tahun ini juga pada hari Khamis? Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010, manakala keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 Disember 2011.

Berdasarkan kepada tarikh untuk dua tahun kebelakangan, dijangkakan keputusan PMR 2012 akan turut diumumkan pada hari Khamis yang jatuh sebelum perayaan Krismas berlansung. Kebiasaannya, cuti panjang akan diambil bermula Krismas iaitu 25 Disember sehingga ke Tahun Baru. Berdasarkan takwim persekolahan 2013, sesi persekolahan akan bermula pada 1/2  Januari 2013 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

So, tarikh yang paling diyakini akan menjadi pilihan sebagai tarikh pengumuman keputusan PMR 2012 nanti adalah pada 19 Disember 2012 (kerana 20 Disember adalah Hari Hol Almarhum Sultan Johor).

Jadi, apa kata anda semua??

UPSR 2012

Assalamulaikum & salam satu Malaysia… Tarikh 19/11/2012 pasti menjadi hari yang bersejarah buat semua calon UPSR 2012… Macam mane?? result pun dah keluar.. pasti adik2 semua dah ada perancangankan? samalah dengan adik saya.. Alhamdullilah dengan izin ALLAH dia berjaya memperoleh 5A.. Tahniah adikku atas kejayaanmu… Buat semua adik-adik kat luar sana yang berjaya peroleh 5A, tahniah saya ucapkan.. Jangan berhenti berusaha, teruskan usaha gigih adik2.. Masa depan korang jauh lagi.. Don’t stop now.. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa untuk berusaha.. Di samping berusaha jangan lupa minta pada ALLah, solat 5 waktu jangan tinggal.. In shaa allah, adik2 juga boleh berjaya dengan keazaman & usaha yang tinggi ditambah dengan doa yang tidak pernah putus kepada ALLAH..

Image

            Ini resultnya… 5A tau.. tengoklah adik sapa??

Image

Suasana di sekolah my little sis masa dia nak ambil result..

Image

Image

                          This my beloved littlte sis!!!

So, go!! go!! pada sapa-sapa yang boleh 5 A tu jangan berhenti setakat ini sahaja…

 

p/s: Now, kita tunggu result PMR plak.. Eeeeeeeeeee, seramnya… Dap, dup, dap, dup.. Sabarlah wahai hati..

 

Hari Aids Sedunia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.. Sudah tercatat dalam sejarah dunia bahawa setiap 1 Disember kita  akan menyambut Hari Aids Sedunia..

 

Hari Aids

 

Hari Aids disambut untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari ini juga kita akan memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS.

Untuk pengetahuan semua, sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.

AIDS telah meragut lebih 28 juta nyawa sejak tahun1981 sehingga sekarang, sementara 35 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV, menjadikan AIDS ebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah dunia.. Sungguhpun rawatan antiretroviral semakun mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan banyak nyawa..

 

Red_Ribbon.svg

Riben Merah ialah lambang perpaduan sedunia bersama penghidap HIV-positif dan AIDS.

 

p/s: jagalah kesihatan yang ALLAH berikan kepada kita.. “Mencegah lebih baik daripada merawat”